MAKLUMAT KADET KAPA SMKPT

Kadet Pertahanan Awam SMK Padang Temu telah ditubuhkan pada tahun 2003 dibawah bimbingan Tn Haji Nasir bin Mohamed. Seterusnya populariti Pasukan ini diteruskan kesinambungannya dibawah bimbingan Cikgu Mohd Zaidi bin Hussain, dari tahun 2005 hingga 2010. Manakala bermula dari 2011 hingga kini Guru penyelaras KAPA SMKPT diteruskan oleh cikgu Siti Zakiah binti Ghazali dengan dibantu oleh cikgu Nor Wahidah binti Mohd Noor, Aminah binti Said, Shamzuraini binti Shafie dan Yusmarubi binti Yusof serta  rakan-rakan anggota Pertahanan Awam, Sarjan  Mohd Yatim bin Ali, Koperal Ibrahim bin Kasim, dan En. Sharizal bin Shamsudin.

Diantara kejayaan yang boleh dibanggakan telah dicapai oleh pasukan ini ialah:
1. Johan kawat kaki kadet KAPA Negeri Melaka
       a. Tahun 2004,
       b. Tahun 2005,
       c. Tahun 2006,
       d. Tahun 2007,
       e. Tahun 2008,

2. Naib Johan Kawad Kaki kadet KAPA Negeri Melaka
     Tahun 2009

Pasukan ini pernah mewakili negeri melaka dalam pertandingan kawad kaki kategori agensi kerajaan dan beroleh kejayaan berikut:

1. Johan kawad kaki kategori agensi kerajaan peringkat negeri melaka
             Tempat pertandigan : SMK Padang Temu
             Tahun : 2008
2. Naib johan kawad kaki kategori agensi kerajaan peringkat kebangsaan
             Tempat pertandingan: Putrajaya
             Tahun 2008