Saturday, February 19, 2011

PERJUMPAAN KADET PERTAHANAN AWAM - KAPA 2011

Acara latihan Kadet KAPA SMKPT baru saja dimulakan dengan sesi perjumpaan dan taklimat dari pegawai Penyelaras, Tuan Rosli bin Ali dan Sarjan Mohd Yatim bin Ali dari JPAM pada 18 Febuari 2011, hari Jumaat pada jam 3 petang. Perjumpaan ditamatkan jam 6 petang. Diantara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah taklimat perjalanan aktiviti kadet KAPA tahun 2011, penerangan tentang misi dan visi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan acara kawad kaki.